Stres adalah suatu perasaan yang anda alami apabila anda menerima tekanan. Tekanan yang anda terima mungkin datang daripada pelbagai bentuk seperti untuk mengekalkan jalinan perhubungan, memenuhi harapan keluarga dan untuk mencapai matlamat akademik. Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif. Stres diperlukan untuk kemajuan di dalam kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan. Sebaliknya, stres memberi kesan yang negative kepada kita apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya ketahanan diri.
Punca-punca yang menyebabkan stres adalah dari segi biologikal. Keadaan ini akan dikesan apabila badan anda berasa tidak sihat. Contohnya, kesakitan, ketidakselesaan, ketidakupayaan pada organ deria iaitu penglihatan, pendengaran dan lain-lain.
Punca yang seterusnya adalah dari segi pemikiran yang negatif. Seseorang itu mempunyai perasaan takut dan bimbang, kenangan pahit, pemikiran yang tidak rational juga akan menyebabkan stress.
Di samping itu, suasana fizikal juga merupakan punca stres . Hal ini adalah mungkin kerana perubahan yang tidak selesa di persekitaran tempat seseorang itu. Contohnya suhu, suasana yang bising, dan lain-lain.
Jadi, janganlah terlalu stres. Kita perlu sentiasa berfikiran positif dan mencari penyelesaian apabila menghadapi stres.
No comments:
Post a Comment