Kebelakangan ini masalah sosial yang melibatkan golongan remaja semakin berleluasa. Pelbagai masalah sosial terjadi pada hari ini yang melibatkan golongan remaja. Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia,remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia,iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat remaja. Oleh kerana golongan remaja merupakan bakal pewaris negara maka kegiatan atau aktiviti yang mereka lakukan akan menjadi buah mulut masyarakat. Media massa sering kali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja. Melihatkan kepada peningkatan masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan remaja benar-benar membimbangkan kita.Pada peringkat remaja seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali sama ada dari segi fizikal,emosi mahupun sosial. Pada masa inilah remaja mula terdedah kepada alam luar rumah. Mereka mula mengubah tingkah laku,sikap dan nilai malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang. Salah satu masalah sosial yang hangat diperkatakan yang melibatkan golongan remaja ialah masalah remaja lari dari rumah. Masalah ini menjadi semakin rumit dan meningkat dari hari ke hari. Pelbagai faktor yang mendorong remaja lari dari rumah yang seterusnya menyebabkan timbulnya banyak kesan negatif sama ada kepada remaja itu sendiri mahupun orang lain. Oleh itu,langkah yang sewajarnya haruslah diambil agar masalah ini dapat dibendung.
Banyak faktor atau punca yang dapat dikaitkan dengan masalah remaja lari rumah. Salah satunya berpunca daripada ibu bapa itu sendiri. Ibubapa boleh dikaitkan sebagai punca remaja lari dari rumah. Ibubapa memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan tingkah laku anak-anak apabila mereka telah menigkat dewasa. Setiap perlakuan atau tindakan anak-anak dipengaruhi oleh sepanjang masa proses pembesaran mereka. Sejak lahir anak-anak yang diibaratkan seperti sehelai kain putih yang perlu didik oleh ibubapa dengan nilai-nilai seperti nilai agama terutama menitikberatkan amalan sembahyang. Selain itu ibu bapa perlulah kerap berdoa agar anak-anak mendapat kesejahteraan hidup. Faktor ibu bapa yang terlalu sibuk, komitmen tinggi terhadap kerja selain sukar memberi penghargaan kepada anak-anak turut mendorong kepada permasalahan yang berlaku pada hari ini.Ibu bapa pada masa sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan perkara lain berbanding memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Ibubapa juga bertangjungjawab memastikan persekitaran rumah lebih baik daripada di luar.H al ini kerana anak-anak akan mudah terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral di luar jika persekitaran di rumah tidak begitu baik. Dalam proses mengenal anak-anak,ibubapa tidak mugkin dapat mengenali anak-anak mereka secara keseluruhannya. Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa dengan anak-anak dimana bertanyakan masalah yang mereka hadapi.Ibubapa juga boleh menjadi sahabat kepada anak-anak mereka.
Seterusnya kurangnya pegangan agama yang teguh dalam diri juga dilihat sebagai faktor penyebab berlakunya masalah remaja lari dari rumah. Faktor agama memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibubapa yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat gagal untuk mendidik anak-anak mereka untuk mentaati ajaran agama, justeru itu apabila berlaku masalah ini remaja begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.
Di samping itu, remaja pada masa kini mudah terpengaruh dengan kecanggihan teknologi. Hal ini menyebabkan mereka mudah atau tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk melarikan diri. Melalui teknologi yang moden membolehkan golongan remaja berkomunikasi atau berhubung dengan orang yang tidak dikenali sama ada berada di dalam mahupun di luar negara.Perkenalan dengan lelaki yang tidak dikenali menyebabkan remaja mudah diperdayakan.Seterusnya timbullah masalah atau kes lari mengikut teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sosial misalnya. Golongan remaja hari ini mudah diperbodohkan,akibat terlalu saying mereka sanggup meninggalkan keluarga mereka demi mengejar kekasih yang baru mereka kenali itu. Terdapat beberapa kes diman remaja perempuan dilarikan atau mengikut teman lelaki sehingga ke negara jiran. Kita sebagai remaja penerus generasi masa hadapan haruslah memanfaatkan kecanggiahan teknologi yang ada pada masa ini dengan menggunakannya dengan sebaik yang mungkin.
Peningkatan kes remaja lari dari rumah telah mendatangkan pelbagai implikasi yang kurang enak apabila dibahaskan.Seperti yang kita tahu kebanyakan kes remaja lari dari rumah adalah mengikut teman lelaki. Setiap hari kita disajikan dengan kes-kes remaja terpaksa merempat atau dijadikan sebagai keldai di luar negara.Terdapat kes di mana seorang remaja terpaksa menjalani kehidupan yang sangat daif di negara jiran apabila ditinggalkan oleh pasangan. Mereka dijadikan sebagai hamba dan kehidupan mereka tidak terurus kerana menjadi pendatang di negara orang. Ada juga kes yang lari dari rumah dijadikan mangsa sindiket dadah antarabangsa.Akibatnya,mereka terpaksa meringkuk dalam penjara menuggu masa yang lama untuk dibicarakan. Remaja hari ini tidak memikirkan kesan buruk akibat perbuatan mereka. Mereka hanya tahu memikirkan keseronokan tanpa menilai baik atua buruk sesuatu perkara itu. Selain itu,negara juga terpaksa menerima tempias akibat perbuatan tidak bertanggungjawab remaj itu. Kes-kes remaja lari dari rumah yang dilaporkan sedikit sebanyak mencalarkan dan menjatuhkan imej negara kita Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan kes remaja lari dari rumah adalah dari negara kita sendiri. Masalah ini seterusnya, menyebabkan negara dipandang serong oleh masyarakat luar kerana kerendahan akhlak dan kerosakan tingkah laku remaja. Kerajaan juga terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membawa pulang remaja yang terkandas di luar negara.Prosesdemi proses terpaksa dilalui oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah dan aduan yang diterima daripada keluarga remaja yang dari rumah. Di negara kita,satu Biro pengaduan telah diwujudkan bagi menyelesaikan kes-kes sebegini. Hal ini seterusnya member beban kepada kerajaan kerana perbelanjaan besar diperlukan dalam urusan menyelamatkan mereka yang terkandas di luar negara. Kesimpulannya,masalah remaja lari dari rumah ini mendatangkan banyak kesan buruk.
Untuk membendung masalah remaja lari dari rumah langkah-langkah yang rasional perlu diambil agar masalah ini dapat dikurangkan.Salah satu daripadanya ialah mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama yang betul dan sempurna.H al ini kerana jika ajaran agama dipraktikan dalam diri,masalah-masalah sebegini dapat diatasi. Tidak salah untuk berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan tetapi haruslah tahu hukum dan batas-batas pergaulan. Remaja seharusnya tahu garis panduan yang digariskan dalam agama khususnya agama islam dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjalinkan sesuatu perhubungan mereka perlulah terlebih dahulu saling kenal mengenali antara satu sama lain. Kita perlulah mengetahui latar belakang keluarganya,kehidupannya,keturunan dan lain-lain lagi sebelum membuat sebarang keputusan. Masalah yang berlaku hari ini ialah remaja dengan mudah mempercayai orang yang baru dikenali untuk terus dijadikan sebagai pasangan hidup. Keenganan keluarga untuk merestui menyebabkan mereka mengambil keputusan iaitu untuk lari dari rumah.
Sementara itu,usaha untuk membendung masalah ini daripada berleluasa perlu dilakukan oleh ibubapa iaitu orang yang paling rapat dengan anak-anak. Ibubapa berperanan penting dalam memastikan tingkah laku anak-anak. Mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.Ibubapa juga perlu mengambil tahu akan hal-hal yang berkaitan denagan anak-anak mereka dengan bertanyakan masalah yang mereka hadapi dengan menjadi anak-anak sebagai kawan mereka. Anak-anak yang meningkat remaja perlu dilayan dengan penuh kasih sayang. Anak-anak yang diberikasih sayang secukupnya tidak akan keluar untuk mencari hiburan dan keseronokan di luar kerana mereka akan menghargai setiap layanan dan perhatian yang diberi terhadap mereka.Ibubapa perlu tahu dan selidik dengan siapa anak-anak mereka berkawan.Awasi setiap pergerakan mereka dengan memantau kegiatan yang anak-anak lakukan. Tindakan dan pengawasan yang dilakukan oleh ibubapa dilihat sebagai langakah yang terbaik dalam usaha untuk mengatasi masalah remaja lari dari rumah. Kita mengharapkan langkah-langkah yang dilakukan dapat mengurangkan statistik kes remaja lari rumah ini.
Kesimpulannya, remaja adalah kumpulan yang bakal mencorakkan masa depan negara.Mereka adalah asset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,ekonomi,dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dalam kalangan remaja adalah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.Oleh itu,segala masalah sosial yang dihadapi remajaharuslah dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap asset yang tidak ternilai ini. Diharapkan segala usaha dan langkah yang dilakukan dapat mengurangkan masalah remaja lari dari rumah. Masalah ini tidak akan Berjaya diatasi jika hanya bergantung kepada sesetengah pihak sahaja.Badan-badan berwajib sama ada kerajaan atau badan bukan kerajaan(NGO) haruslah berganding bahu dalam usaha menangani masalah ini.
No comments:
Post a Comment